Senin, 19 November 2012

CARA-CARA UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH


CARA-CARA UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH


  • SENTIASA BERWUDU
Daripada Abu Hurairah (ra), bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Apabila seorang muslim itu membasuh mukanya, maka gugurlah segala dosa pandangan matanya bersama-sama aliran air wuduk. Apabila dia membasuh kedua tangannya, maka gugurlah dosa-dosa tangannya bersama-sama aliran air wuduk. Apabila dia membasuh kedua belah kakinya dengan aliran air wuduk sehingga bersih dari dosa."
  • IBADAH SOLAT
Daripada Abu Hurairah (ra) katanya,"Aku mendengar Rasulullah (saw) bersabda: "Apa pendapat kamu jika rumah kamu terdapat sebatang sungai, lalu kamu mandi dalamnya lima kali sehari, ada lagi tak daki-daki yang terlekat pada tubuhmu?". Jawab para sahabat: "Tak ada lagi.". Rasulullah (saw) bersabda lagi: "Begitulah solah lima waktu. ALLAH (swt) membersihkan dengannya dosa-dosa kita.".
  • BERAKHLAK MULIA
Pemaaf, bermanis muka dan berlapang dada, semuanya akan menghapuskan dosa-dosa kita dengan izin ALLAH (swt). Rasulullah (saw) bersabda: "ALLAH akan mengampuni dosa kedua-dua muslim yang bertemu dan bersalaman kerana ALLAH sebelum mereka berpisah.".
  • BERSUSAH PAYAH
Sabda Rasulullah (saw) yang bermaksud: "Tidak akan terkena ke atas seorang muslim itu daripada kepenatan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan kedukaan serta duri yang mencucuknya melainkan hanya sanya kerana ALLAH (swt) mahu mengampuni dosa-dosanya.".
  • BERISTIGHFAR
Sabda Rasulullah (saw) yang bermaksud: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar, ALLAH (swt) akan memberikan jalan keluar dalam setiap kesusahan dan memberikan kemudahan dalam setiap kepayahan serta memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.".
  • BERJIHAD
Daripada Abu Hurairah (ra) katanya: "Seorang sahabat telah melalui sebuah lembah yang di dalamnya terdapat mata air yang jernih dan menakjubkan, lalu dia berkata: "Jika aku mengasingkan diriku dari manusia dan tinggal di lembah ini.... tidak-tidak, aku tak akan melakukannya melainkan dengan keizinan Rasulullah (saw). Kemudian beliau bertanya kepada Rasulullah (saw). Lalu Baginda bersabda: "Jangan kamu lakukannya, sesungguhnya kedudukan seseorang yang berjuang fi sabilillah adalah lebih baik dari mendirikan solat di rumah selama 70 tahun. Tidaklah engkau mengingini ALLAH (swt) mengampuni dosa-dosa engkau dan memasukkan engkau ke dalam Syurga? Berperanglah di jalan ALLAH. Sesiapa yang berperang di jalan ALLAH sekalipun tempohnya hanya selama memerah susu unta, wajibkan kepadanya Syurga.".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar